1.0
HARI PERTAMA (3/9/2013)
LAPORAN HARIAN
KEM KEPIMPINAN KADET PANDU PUTERI
TAHUN 2013
NAMA
PELAJAR : Kumpulan Orkid
AMBILAN :
Januari 2012
SEMESTER :
4 PISMP
OPSYEN :
BC/PJ/PM & TESL
TARIKH :
03/09/2013 (Hari Pertama)
TEMPAT :
DC 2/ Tapak perkhemahan
KEHADIRAN :
38/38
LAPORAN
REFLEKTIF: Laporan Kem Kepimpinan Kadet Pandu Puteri
TAJUK : Laporan
Pendaftaran, Taklimat Perkhemahan, Aktiviti Kem Kraf dan Program
Kepimpinan
- LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Pada
hari pertama, kami telah memulakan kem dengan sesi pendaftaran
terlebih dahulu pada pukul 12.00 tengah hari untuk memastikan
kehadiran semua ahli Kadet Pandu Puteri. Kami dipantau oleh Puan
Sugunah semasa sesi pendaftaran.
Semua
ahli pandu puteri beratur untuk berdaftar.
Kemudiannya,
kami menjalankan upacara mengambil kedatangan dan menaikkan
panji-panji.
Semua
ahli Pandu Puteri turut serta dalam upacara mengambil kedatangan. Bagi sesi kem kraf,
Puan Halina dan juga Puan Suguna telah memberikan penjelasan mengenai
kem kraf dan kami telah beredar ke tapak perkhemahan untuk mendirikan
khemah patrol masing-masing. Selesainya mendirikan khemah, kami balik
ke bilik masing-masing untuk pengurusan diri. Puan Halina memberikan penjelasan mengenai kem kraf dan
perkhemahan.
Pada
malamnya, kami kembali ke kelas untuk mendengar ceramah kepimpinan
daripada Puan Sin Lee Eng. Setelah mendengar ceramah kepimpinan kami
dibenarkan untuk balik dan berehat.Puan
Sin Lee Eng menyampaikan ceramah kepimpinan. Selepas
ceramah kepimpinan, kami dibenarkan balik dan berehat.
ISU
/ MASALAH
Pada
hari pertama, kami menghadapi masalah untuk mendirikan khemah kerana
cuaca tidak mengizinkan. Pada masa yang sama, kami kekurangan bahan
untuk membuat gadjet yang diperlukan. Namun, masalah ini dapat
diatasi kerana kami berjaya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada
pada kami untuk menggantikan bahan yang tidak mencukupi seperti kayu.
- Analisis SWOT
- KEKUATAN
- Ahli Kadet Pandu Puteri yang sedia bekerjasama dan tolong-menolong memudahkan kerja seharian semua ahli.
- Perancangan harian yang dirancang dapat diikuti dengan baik kerana semua ahli Kadet Pandu Puteri menepati masa dan menurut arahan yang diberi.
- Hubungan silaturahim antara semua ahli Kadet Pandu Puteri bertambah baik dan mesra tanpa mengira kaum dan agama dalam aktivit kem kraf.
- KELEMAHAN
- Kebanyakan ahli tidak mengulang kaji mengenai upacara menaikkan panji-panji yang menyebabkan kekeliruan.
- Segelintir ahli tidak memakai pakaian seragam yang lengkap.
- Beberapa patrol tidak mahir mendirikan khemah menyebabkan khemah terpaksa didirikan semula.
- PELUANG
- Kami berpeluang mempelajari salah satu permainan yang menarik untuk dijalankan sepanjang kem berlangsung iaitu permainan manito.
- Kami berpeluang mengenali tahap-tahap dalam kepimpinan Kadet Pandu Puteri dan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin Pandu Puteri.
- Kami berpeluang mengenal pasti kesilapan kami ketika mendirikan khemah dan juga penyusunan gadjet di kawasan perkhemahan.
- ANCAMAN
- Hujan yang lebat menjadi ancaman kepada kami kerana ia menyusahkan kerja kami untuk mendirikan khemah.
- REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)
- MANFAAT PROGRAM
- Ahli Kadet Pandu Puteri dapat mendisiplinkan diri dan belajar menepati masa untuk menjayakan kem
- Ahli Kadet Pandu Puteri dapat mengenal pasti masalah-masalah yang akan timbul dalam sesebuah perkhemahan dan bersedia menghadapinya.
- Ahli Kadet Pandu Puteri mendapat penjelasan yang terang mengenai kepimpinan Pandu Puteri.
- PENAMBAHBAIKAN
- Kami perlu sentiasa bersedia dengan bahan yang berlebihan sedikit untuk kegunaan kecemasan.
- Kami perlu mengulang kaji mengenai adat istiadat dalam Pandu Puteri supaya tidak timbul kekeliruan.
- Nyanyian lagu-lagu semasa upacara penaikkan panji-panji perlu dimantapkan lagi
2.0
HARI KEDUA (4/9/2013)
LAPORAN
HARIAN KEM KEPIMPINAN KADET PANDU PUTERI
TAHUN
2013
NAMA
PELAJAR : Kumpulan Bunga Raya
AMBILAN :
Januari 2012
SEMESTER :
4 PISMP
OPSYEN :
BC/PJ/PM & TESL
TARIKH :
04/09/2013
(Hari
Kedua)
TEMPAT : DC 2/ Tapak
perkhemahan/Pusat Kegiatan Pelajar
KEHADIRAN :
38/38
LAPORAN
REFLEKTIF: Laporan Kem Kepimpinan Kadet Pandu Puteri
TAJUK : Laporan Sesi
Moral, Senaman Pagi, Menaikkan Panji-Panji, Istiadat Pandu Puteri
Tunas, Pengetahuan Kemahiran&Pengujian Satu Item dari Calit Emas,
Tangga Emas, Tangan Emas, Khidmat Masyarakat dan Masakan Solar.
- LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Pada
hari 4 September 2013 (Rabu), pukul 6.30 pagi kami bermula dengan
aktiviti sesi moral yang dilaksanakan oleh ahli kumpulan Bunga Raya.
Sebagai ahli kumpulan Bunga Raya, kami telah menceritakan beberapa
cerita motivasi kepada Pandu Puteri.
Senaman
pagi diuruskan oleh kumpulan Matahari. Lagu-lagu yang dipilih oleh
ahli kumpulan Matahari sangat sesuai untuk aktiviti senaman pagi.
Kami sangat gembira semasa membuat senaman pagi. Semua ahli Pandu Puteri sedang melakukan
senaman pagi bersama-sama dengan pensyarah yang membimbing.Seterusnya,
kami bertukar ke baju uniform Pandu Puteri dan menaikkan panji-panji
di bawah bimbingan Pn Sin Lee Eng dan Pn Sohaila Bt Atan.
Setelah
panji-panji dinaikkan, kami telah menjalankan Istiadat Pandu Puteri
Tunas. Istiadat ini disampaikan oleh Pn. Sohaila. Beliau telah
memberi tunjuk ajar yang baik dan penerangan yang sangat jelas kepada
kami semua
Dalam
sesi Pengetahuan Kemahiran& Pengujian Satu Item dari Celit Emas,
Tangga Emas ,Tangan Emas yang disampaikan oleh Pn Sin Ying Lee juga
sangat bermakna. Beliau telah memberitahu kami bahawa Puteri Tunas di
sekolah rendah perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti mencuci
kasut, membuat linkungan dan sebagainya. Semua kemahiran ini ialah
mendidik Puteri Tunas supaya berkemampuan menyesuaikan diri dengan
baik. Beliau juga telah berkongsi cara melipat baju kepada kami. Puan Sin menjelaskan pengetahuan
Kemahiran& Pengujian Satu Item dari Celit Emas, Tangga Emas
,Tangan Emas.
Sesi
ceramah yang ketiga ialah Khidmat Masyarakat –teori dan amali yang
dibimbing oleh Pn Sugunah Supermane. Beliau telah menyampaikan cara
menulis kertas kerja semasa ingin memohon melaksanakan aktiviti.
Seterusnya,
kita mengambil masa untuk menjalankan aktiviti pembuatan gadjet dan
penghiasan rumah khemah mengikut peterol di tapak perkhemahan.
Selepas
sesi ceramah, kami telah membersihkan Pusat Kegiatan Pelajar(PKP).
Kami membersihkan PKP dengan mengikut Patrol sendiri.
Aktiviti
kedua kem ini diakhiri dengan Teori/bengkel Masakan Solar yang
disampaikan oleh Cik Goh Wan Im. Beliau telah menerangkan apakah
masakan solar dengan slaid powerpoint dan menayang klip video untuk
ditonton oleh kami.
ISU
/ MASALAH
Pada hari ini, masalah yang dihadapi oleh kami ialah makanan tengah
hari datang lewat. Selain itu, cuaca yang tidak menentukan juga
mengakibatkan kami masih tidak dapat menghabiskan hiasan untuk tapak
perkhemahan.
- Analisis SWOT
- KEKUATAN
- Ahli Pandu Puteri dapat ilmu pengetahuan dan pengalaman baru tentang cara melaksanakan Istiadat Pandu Puteri Tunas semasa di Sekolah Rendah.
- Ahli Pandu Puteri bekerjasama untuk menghiaskan tapak perkhemahan dan membersihkan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP).
- Ahli Pandu Puteri dapat mengetahui badan beruniform ini bertujuan untuk mendidik ahlinya menjadikan seorang yang sempurna dari JERIS.
- KELEMAHAN
- Ahli Pandu Puteri masih tidak mahir menyanyi Lagu Pandu Puteri.
- PELUANG
- Kami berpeluang mendemostrasi cara menjalankan Istiadat Pandu Puteri Tunas.
- Kami berpeluang berkhidmat untuk institut kami dengan membersihkan Pusat Kegiatan Pelajar.
- ANCAMAN
- Cuaca yang tidak menentukan menjadi halangan kepada kami untuk menjalankan aktiviti luaran.
- REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)
- MANFAAT PROGRAM
- Melahirkan ahli Pandu Puteri yang sempurna dari segi JERIS.
- Mendidik ahli Pandu Puteri sentiasa saling bekerjasama antara kumpulan untuk melicinkan aktivit.
- PENAMBAHBAIKAN
- Makanan seharusnya diuruskan dengan baik.
- Ahli Pandu Puteri sepatutnya sudah mahir dengan lagu-lagu Pandu Puteri.
3.0
HARI KETIGA (5/9/2013)
LAPORAN HARIAN
KEM KEPIMPINAN KADET PANDU PUTERI
TAHUN
2013
NAMA
PELAJAR : Kumpulan Lily
AMBILAN :
Januari 2012
SEMESTER :
4 PISMP
OPSYEN :
BC/PJ/PM & TESL
TARIKH :
05/09/2013 (Hari Ketiga)
TEMPAT :
PKP/Dewan Terbuka/DC 2
KEHADIRAN :
38/38
LAPORAN
REFLEKTIF: Laporan Kem Kepimpinan Kadet Pandu Puteri
TAJUK : Slot Moral,
Senaman Pagi, Gerak Kerja Luar, Masakan Rimba, Perancangan Program
Perjumpaan Tunas Puteri, Malam Kebudayaan
- LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Pada hari ketiga, kami
telah memulakan aktiviti dengan slot moral diikuti dengan senaman
pagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di Pusat Kegiatan
Pelajar(PKP). Ahli-ahli kadet pandu puteri mengambil bahagian secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
Setelah
selesai, ahli-ahli kadet bergerak untuk bersarapan pagi dan membuat
persiapan untuk aktiviti yang seterusnya. Selepas bersarapan,
ahli-ahli kadet telah berkumpul untuk upacara menaikkan panji-panji.
Kemudian,
ahli-ahli kadet bergerak ke DC 2 untuk mendengar taklimat ringkas
daripada Puan Siti Mislia bt Selamat untuk aktiviti gerak kerja luar.
Kesemua ahli dibahagikan mengikut patrol masing-masing sebelum
diarahkan untuk bergerak dari stesen ke stesen. Sebanyak 5 stesen
telah disediakan dan ahli-ahli dikehendaki melaksanakan tugasan di
setiap stesen. Penyertaan ahli-ahli kadet amat memberangsangkan
kerana mereka telah bergerak dengan pantas dan memberi komitmen yang
tinggi. Ahli-ahli telah menghasilkan kraf tangan dan pakaian
berkonsepkan zaman purba atau abad ke 22 menggunakan bahan-bahan yang
terdapat di sekeliling. Kami juga dikehendaki mencipta satu cerita
dan lagu yang berunsurkan Undang-undang Pandu Puteri selain menjawab
soalan teka teki.
Selepas aktiviti gerak
kerja luar, ahli-ahli kadet membuat persiapan untuk aktiviti masakan
rimba yang dikendalikan oleh Miss Goh. Aktiviti ini telah dijalankan
di Dewan Terbuka. Bahan-bahan masakan telah diedarkan kepada setiap
patrol sehari sebelum aktiviti. Hal ini memudahkan ahli-ahli untuk
membuat persiapan dan kad menu. Ahli-ahli kadet telah mula menyalakan
api dan memasak. Kesemua ahli telah bekerjasama antara satu sama lain
agar kami dapat menyiapkan makanan dalam masa yang ditetapkan.
Pelbagai jenis lauk telah disediakan oleh setiap patrol dan memenangi
hati pensyarah yang menilai masakan. Setelah dinilai, ahli-ahli kadet
telah menikmati masakan masing-masing dan membersihkan kawasan yang
telah digunakan untuk memasak. Selepas membersihkan kawasan
masing-masing, ahli-ahli kadet telah bersurai untuk menguruskan diri
bagi aktiviti seterusnya.
Selepas makan tengahari,
ahli-ahli kadet telah berkumpul di DC 2 untuk kelas teori bertajuk
Perancangan Program Tunas Pandu Puteri bersama Puan Sin Lee Eng.
Beliau telah memberikan input tentang program-program yang dapat
dijalankan bagi ahli Tunas Pandu Puteri. Kemudian, setiap patrol
diberikan satu tajuk untuk merancang satu aktiviti bagi ahli Tunas
Pandu Puteri dan melakonkannya. Setiap patrol dapat merancang
aktiviti mengikut tajuk yang diberi. Setelah setiap patrol
membentangkan hasil kerja mereka, sesi penilaian telah dijalankan.
Setiap patrol dikehendaki memberi komen tentang pembentangan
patrol-patrol yang lain. Walaupun letih menjalani aktiviti-aktiviti
yang berat, setiap ahli dapat bekerjasama dalam merancang sebuah
aktiviti dengan sebaik mungkin. Puan Sin turut memberikan komen untuk
penambahbaikan ahli kadet.
emudian, ahli-ahli kadet membuat latihan persembahan bagi
Malam Kebudayaan dan makan malam. Mereka menjalani sesi latihan dalam
patrol masing-masing. Di bawah pengendalian Puan Sugunah, permainan
‘manito’ dimulakan. Ahli-ahli kadet telah menyanyi dan bersuka
ria semasa memberikan hadiah kepada ‘manito’ masing-masing.
Selepas permainan
tersebut, program Malam Kebudayaan telah dimulakan. Akhirnya tiba
malam yang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli kadet. Tema persembahan
Malam Kebudayaan ialah ‘Ibu’. Setiap patrol telah memberikan
persembahan yang berlainan dan mendapat sambutan daripada semua ahli
kadet. Kami telah dapat melihat bakat tersembunyi dalam diri setiap
ahli kadet. Ia menjadi satu medan untuk ahli-ahli kadet menonjolkan
bakat mereka dalam berlakon, menyanyi dan mendeklamasikan sajak. Puan
Sugunah telah memuji persembahan setiap patrol yang sangat kreatif
dan menarik perhatian. Setelah selesai, ahli-ahli telah bersurai
setelah mengemaskan dan membersihkan kelas DC 2 yang telah digunakan.
ISU
/ MASALAH
Ahli-ahli
tidak berkumpul di PKP untuk aktiviti Slot Moral tepat pada masanya.
Hal ini menyebabkan aktiviti tersebut dimulakan dengan lambat. Cuaca
mendung dan hujan renyai menyebabkan aktiviti dijalankan dengan
perasaan risau. Keadaan cuaca sedemikian juga menyebabkan ahli-ahli
sukar untuk mendapat bahan bakar seperti ranting-ranting kayu dan
kayu besar untuk menyalakan api. Akibat keadaan tanah dan
ranting-ranting kayu yang lembap, api lambat dinyalakan.
- Analisis SWOT
- KEKUATAN
- Ahli Kadet Pandu Puteri yang sedia bekerjasama dan tolong-menolong memudahkan kerja seharian semua ahli.
- Perancangan harian yang dirancang dapat diikuti dengan baik kerana semua ahli Kadet Pandu Puteri menurut arahan yang diberi.
- Hubungan silaturahim antara semua ahli Kadet Pandu Puteri bertambah baik dan mesra tanpa mengira kaum dan agama dalam aktiviti gerak kerja luar dan masakan rimba.
- Mencabar minda ahli-ahli untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
- Menjana idea untuk menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan yang dapat diperoleh dari kawasan sekeliling.
- Memperoleh pengetahuan asas perkhemahan dan masakan rimba.
- Ahli-ahli kadet menimba ilmu baru tentang perancangn program bagi Tunas Pandu Puteri.
- Bakat terpendam dapat ditonjolkan menerusi persembahan pada Malam Kebudayaan.
- KELEMAHAN
- Terdapat segelintir ahli yang tidak menepati masa.
- Kekurangan peralatan yang disediakan untuk memasak.
- Cuaca mendung dan hujan renyai menyebabkan ahli-ahli berasa khuatir hujan akan turun dengan lebat.
- Kekurangan masa untuk berlatih bagi persembahan pada Malam Kebudayaan.
- PELUANG
- Kami berpeluang mempelajari salah satu permainan yang menarik iaitu permainan manito.
- Kami berpeluang mengetahui cara menghidupkan api sebelum mula memasak.
- Setiap patrol diberikan peluang untuk merancang satu aktiviti perjumpaan Tunas Pandu Puteri dan hal ini menguji kebolehan para ahli untuk berfikir secara kreatif.
- Kami berpeluang untuk menonjolkan bakat dalam persembahan pada Malam Kebudayaan.
- ANCAMAN
- Cuaca mendung dan hujan renyai menyebabkan ranting-ranting kayu basah dan ahli-ahli khuatir hujan akan turun dengan lebat.
- REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)
- MANFAAT PROGRAM
- Ahli Kadet Pandu Puteri dapat menguji ketangkasan mereka dalam aktiviti gerak kerja luar dan juga kebolehan mereka untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan kraf tangan dan pakaian berkonsepkan zaman purba dan abad ke 22 menggunakan bahan-bahan semula jadi.
- Ahli Kadet Pandu Puteri dapat memperoleh pengalaman memasak bersama ahli-ahli patrol masing-masing dan hal ini berjaya memupuk kerjasama dalam kalangan ahli untuk menyiapkan hidangan pada masa yang ditetapkan.
- Ahli Kadet Pandu Puteri mendapat penjelasan yang terang mengenai perancangan program Tunas Pandu Puteri dan berpeluang untuk merancang satu aktiviti.
- Program Malam Kebudayaan berjaya menonjolkan bakat terpendam ahli-ahli kadet.
- PENAMBAHBAIKAN
- Kami perlu sentiasa bersedia dengan peralatan memasak yang lebih jika dikehendaki untuk menjalani aktiviti memasak.
- Ahli-ahli kadet haruslah lebih menepati masa agar perjalanan aktiviti tidak tergendala.
4.0
HARI KEEMPAT (6/9/2013)
LAPORAN
HARIAN KEM KEPIMPINAN KADET PANDU PUTERI
TAHUN
2013
NAMA
PELAJAR : Kumpulan Tulip
AMBILAN :
Januari 2012
SEMESTER :
4 PISMP
OPSYEN :
BC/PJ/PM & TESL
TARIKH :
06/09/2013 (Hari Keempat)
TEMPAT :
DC 2/ tapak perkhemahan
KEHADIRAN :
38/38
LAPORAN
REFLEKTIF: Laporan Kem Kepimpinan Kadet Pandu Puteri
TAJUK : Laporan Sesi
Moral, Senaman Pagi, Menaikkan Panji-Panji, Penilaian Perkhemahan,
menurunkan Panji-Panji, Majlis Penutupan, Menurun dan Mengemaskan
Khemah.
- LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Pada 6 September
2013(Jumaat) pukul 6.30 pagi, Kem Kepimpinan Kadet Pandu Puteri
dimulakan dengan slot moral yang dijalankan oleh ahli kumpulan Tulip.
Dalam slot moral tersebut, ahli kumpulan Tulip telah menyampaikan
kepada ahli pandu puteri tentang pengurusan masa. Pengurusan masa
adalah sangat penting kerana semua manusia hanya mempunyai 24 jam
dalam sehari. Jika kita tidak menguruskan masa 24 jam dengan baik,
kita akan membazir masa dan banyak kerja tidak dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan.
Selepas
aktiviti sesi moral, kumpulan yang bertugas telah menjalankan senaman
pagi. Muzik yang dipilih dalam senaman ini sangat sesuai dan
menarik. Pergerakan dalam senaman melibatkan semua anggota badan dan
sangat sesuai. Semua pandu puteri sangat gembira dan seronok.
Seterusnya,
kami pergi ke tapak perkhemahan untuk menaikkan panji-panji.
Mula-mula, kami mengambil kedatangan. Selepas itu, kami membuat ladam
kuda untuk menaikkan panji-panji dan menyanyikan lagu dunia pandu
puteri dan lagu taps.
Selepas
itu, kami mengemaskan khemah kami dan menurunkan panji-panji. Semua
petrol mengemas khemah masing-masing dengan bersih dan kemas. Kami
juga membersihkan ranting-ranting kayu dan daun di sekeliling tapak
perkhemahan agar tempat tersebut menjadi bersih. Kemudian, kami
menurunkan panji-panji selepas pembersihan kawasan tapak perkhemahan
selesai.
Akhirnya
adalah majlis penutup. Dalam majlis penutup, Pn. Sin dan Pn. Sugunah
memberi ucapan ringkas. Kemudian, pensyarah menyampaikan hadiah
kepada petrol mengikut markah yang didapati oleh setiap kumpulan.
ISU
/ MASALAH
Pada
hari ini, ramai yang datang lewat dalam slot moral. Hal ini
disebabkan keletihan mereka dalam kursus kepimpinan ini.
Analisis
SWOT
KEKUATAN
Ahli
Pandu Puteri bekerjasama untuk mengemaskan khemah mereka dan
membersihkan tapak perkhemahan.
KELEMAHAN
Ramai
ahli pandu puteri lewat menghadiri slot moral.
PELUANG
Kami
berpeluang untuk membersihkan tapak perkhemahan institut kami dengan
bersih dan ceria.
Kami
berpeluang untuk menyertai kursus kepimpinan yang bermakna dan
berfaedah ini.
ANCAMAN
Terdapat
seekor ular di tapak perkhemahan. Jadi, semua pandu puteri perlu
berhati-hati semasa membersihkan tapak perkhemahan.
REFLEKSI
KENDIRI (Laporan individu)
MANFAAT
PROGRAM
Semua
ahli Pandu Puteri saling bekerjasama antara satu sama lain apabila
menjalankan sesuatu aktiviti.
Semua
ahli dapat mempelajari bahawa selepas menggunakan kawasan tersebut,
kita perlu membersihkan dan mengemaskan kawasan itu dengan bersih dan
ceria.
PENAMBAHBAIKAN
Ahli
Pandu Puteri perlu pandai mengurus masa dan menghadiri sesuatu
aktiviti dalam masa yang tepat.
No comments:
Post a Comment